ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪ ﺍﻠﺭﺤﻤﻥ ﺍﻠﺭﺤﻴﻡ

Assalamualaikum

Yang mengenali

Tuesday, February 28, 2012

Imagine Islam as being like the best gift that you have never opened.

We always ask : 

Why did this things happen to me?

Why can't I be like her/him?

Why do I have to go trough all the pain instead of happiness?

Why Allah is being so unfair to me?


Why?

Why?

Why?



Little but significant changes in the way you think paves the way to greater personal success.



Yet, never give up in trying our very best to be a good & faithful muslim.

My Allah bless us all in our journey fid dunnia wal akhirah~

InsyaAllah :)

Thursday, February 23, 2012

Tahniah Kerana Anda Cantik.


Dilahirkan sebagai perempuan sememangnya menjadi satu fitrah kita untuk sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Tidak kiralah siapa, selagi mana kita dilahirkan sebagai seorang wanita, walaupun masih kanak-kanak perempuan pasti wujud perasaan dalam diri untuk tampil cantik. Hakikatnya, anda haruslah mengakui diri anda cantik kerana dirimu telah dijadikan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah s.w.t Maha Pencipta sekalian alam. Jadi mengapa masih seringkali kita mengeluh? Adakah kita menjadi hamba yang tidak bersyukur atau tidak redha terhadap ketentuanNya?
Kadang-kadang tidak dapat dinafikan, wanita memang mudah berasa cemburu terhadap kelebihan wanita lain. Ingatlah, setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap wanita dijadikan cantik dengan keunikan yang tersendiri. Bayangkan di dunia ini apabila Allah menciptakan wanita dengan satu rupa sahaja sebagai keseragaman, pasti kita akan membebel-bebel pula tidak berpuas hati kerana diciptakan keseragaman tersebut.

“Segala kelebihan disyukuri, segala kekurangan diredhai”

Dalam keghairahan untuk tampil cantik, kita seringkali pula melihat para wanita yang sanggup melakukan pelbagai perkara semata-mata untuk tampil lebih menarik sehingga ada yang sanggup melakukan perkara-perkara yang haram seperti membuat pembedahan hidung, mencukur bulu kening, mewarnakan rambut dan sebagainya. Tidak kurang juga wanita yang sudah cantik lalu membuka pula auratnya untuk dijadikan tatapan umum. Alangkah ruginya kau wahai wanita yang membiarkan auratmu menjadi tatapan umum...


“Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.
(Ayat 24, Surah Al-Insaan)


Bersabarlah duhai hati,
Yakinlah bahawa janji Allah itu pasti.
Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan...







Oleh,
Siti Mardhiah binti Mansor.

Saturday, January 28, 2012

HIMPUN

HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AQIDAH



Pertama kali HIMPUN diadakan di Stadium Shah Alam. Masa tu teringin sangat nak p tapi apakan daya kekangan masa menuntut ilmu membatasi hajat di hati. Alhamdulillah kali ni HIMPUN didakan di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas bagi Peringkat Negeri Pulau Pinang. Memang dah dok depan hidung sangat kalau tak p memang laa.....ni himpunan yang ke empat bagi jelajah HIMPUN ke seluruh negara. Kali ni HIMPUN menampilkan empat pemidato yang bukan calang-calang orangnya dan yang pasti ilmunya membuatkan kita rasa nak makin lama makin nak dengar lagi apa yang nak disampaikan. Antaranya ialah Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden ISMA merangkap Timbalan Pengerusi HIMPUN, Kamarudin bin Abdullah, seorang muallaf dan bekas penganut agama kristian, Ustaz Hafiz bin Nordin, Pengerusi Seketariat dan Presiden HIMPUN Peringkat Negeri Pulau Pinang, Cikgu Muhammad Azmi bin Abdul Hamid, Pengerusi HIMPUN dan Presiden TERAS Melayu dan panel pemidato yang terakhir ialah Datuk Dr. Hasan Ali, Mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pagi tadi sampai lewat dalam pukul 9.20 pagi camtu sikit tapi majlis sebenarnya bermula pada pukul 10.30 pagi dengan asma ul-husna beramai-ramai sebab menantikan kehadiran VIP yang mungkin jauh nak sampai ke sini. Sementara menanti, hadirin dihiburkan oleh nasyid serta beberapa zikir oleh beberapa kumpulan nasyid tempatan seperti Far East, Mestika, Muaz....etc. Alhamdulillah klu ditengokkan kehadiran orang Pulau Pinang arini, memang nampaklah keramaiannya seperti yang diperkatakan oleh tuan pengerusi majlis lebih tiga ribu umat telah hadir harini untuk duduk bersama-sama demi aqidah Islam walaupun berlainan ideologi, berlainan warna kulit, bahkan berlainan parti politik. Alhamdulillah saya antara yang dipilih Allah untuk hadir! Kesian Najwa demam balik so tak dapat ikut seperti yang dirancangkan...

Okeh, jadi ada beberapa point penting dan dirasakan menarik yang nak dikongsi dengan pembaca-pembaca sekalian. 

  • Ustaz Abdullah Zaik ada menekankan bahawa aqidah sebenarnya adalah benteng terakhir bagi umat Islam. Kerana kekalahan aqidah ini sebenarnya telah didahului oleh kekalahan-kekalahan lain, bukan setakat murtad dan keluar Islam sahaja melalui peperangan secara senyap yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam yang tidak pernah berhenti sejak zaman Rasulullah lagi.
  • Kristianisasi yang meningkat di Malaysia adalah berpunca daripada kerenggangan hubungan kita dengan Allah melalui solat serta ditambah beberapa faktor lain seperti hiburan dan sebagainya.
"Apabila aqidah tak ada, komuniti terurai, umat punah...." Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman.

Pengerusi majlis dengan tegasnya melaung takbir sebagai menaikkan semangat para hadirin yang hadir. Beliau menegaskan bahawa sebenarnya ada pihak-pihak tertentu yang takut jika umat Islam di Malaysia bersatu. SIAPAKAH pihak itu?

"Bukan musuh kita yang kuat, tetapi kita yang lemah untuk berdiri di bawah satu aqidah"

Pidato kedua diteruskan oleh Kamarudin bin Abdullah, seorang muallaf bercerita berdasarkan pengalaman sebagai seorang bekas penganut kristian pada suatu ketika dulu.

  • Kalau kamu tidak membawa risalah Muhammad s.a.w kepada generasi Nasrani maka generasi Nasrani akan membawa risalah mereka kepada kamu.
  • Kenapa salahkan Kristian kalau mereka menyampaikan risalah mereka? Sebab, mereka percaya dengan kitab dia, percaya dengan agama dia, percaya dengan jesus dia kalau mereka tak sampaikan nanti masuk neraka. Tetapi bagaimana dengan KITA?


"Kristian SUDAH berjaya di Afrika, BAKAL berjaya di Indonesia, BELUM berjaya di Malaysia"

"Hancur Islam Hancur Melayu, Mulia Islam Mulia Melayu"

Pidato yang ketiga diteruskan dengan Ustaz Hafiz...

  • Beliau memulakan pidato dengan menegaskan sekeras-kerasnya HIMPUN bukanlah perhimpunan politik sperti yang digembar gemburkan oleh sesetangah pihak. Dan jawapan saya dalam hati, SETUJU!
  • Kristian telah berikrar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi Islam sekiranya mereka mampu. Masalah: mereka MEMANG mampu.
  • Mengiktiraf semua agama di dunia adalah setara dengan Islam boleh membawa kepada murtad.
  • Kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri untuk meningkatkan keimanan kepada Allah kerana iman adalah benteng yang paling utama.
  • Seksualiti merdeka, gothic, black metal, etc antara unsur-unsur yang memurtadkan.
  • Kristianisai di Pulau Pinang dah sampai ke tahap menjegah ke Maahad Tahfiz. INI SERIUS!
" Syarat masuk Islam mudah: لا إله إلا الله محمد رسول الله "


Pidato diteruskan lagi oleh Cikgu Muhammad Azmi...
  • Antara harga nyawa, harga kedudukan sangat kecil berbanding dengan kalimah syahadah. Ini adalah urusan umat Islam.
  • Sifat seorang muslim ialah tidak ada 'isolated' kalau berkaitan dengan soal aqidah.
  • Wajiblah orang Islam berwaspada dan saling mengingatan akan adanya pihak-pihak yang akan datang untuk memurtadkan kamu.

"Kita bukan KERAJAAN, Kita bukan NGO, Kita adalah UMMAH!"



Pidato terakhir disudahi oleh Datuk Dr. Hasan Ali...yang dinanti-nantikan oleh semua hadirin...

  • Parti Islam Semalaysia melarang pemimpin untuk menghadiri majlis aqidah. Relevankah?
  • Menubuhkan Unit Selamatkan Aqidah sebelum dipecat. Bergerak menahan Melayu muslim yang minum arak, gereja-gereja yang menjalankan gerakan kristianisasi. tetap meneruskan walaupun diberi amaran oleh pimpinan tertinggi bekas parti.
  • Ummah kita telah goyah tiga tiang: tiang aqidah, tiang syariah dan tiang akhlak
  • 21.2.12 adalah penubuhan satu lagi NGO iaitu IMR ( Islam, Melayu, Raja) abgi menyelamatkan umat.
Kesimpulannya, sangat-sangatlah tidak rugi untuk hadir ke majlis seperti ini yang tidak mempunyai kepentingan kepada sesiapapun melainkan kepentingan Islam itu sendiri. Majlis disudahi dengan zikir-zikir serta doa yang penuh kesyahduan oleh Datuk Dr. Hasan Ali hingga ramai yang menitiskan air mata termasuklah diri ini yang kerdil memohon kepada Ya Rab agar diperkukuhkan lagi aqidah dalam diri, keluarga, masyarakat bahkan negara dan disertai beberapa doa lain.

Beberapa kepin gambaq yang sempat diambik sebelum fon abih bateri sebab semalam lupa nak cas...






Kat pintu masuk.








Majlis dimulakan dengan asma ul husna & bacaan ummul kitab. (Ni dekat luaq sebab dalam dewan panuh)










Tak dapat button batch ni sebab petugas tuu kata kat Shah Alam ja dibagi free, kat sini tak cukup so bagi kat AJK ja.....:(



HIMPUN! HIMPUN! 
SELAMATKAN AQIDAH!
HIMPUN! HIMPUN! 
SATUKAN UMMAH!
HIMPUN! HIMPUN!
UNTUKMU ALLAH!

TAKBIR! ALLAHUAKBAR!



Yang baik itu dari Allah s.w.t dan segala kelemahan adalah disandarkan kepada diri saya yang kerdil ini. 

PSS: best.

Monday, January 23, 2012

The Myths and Truths About Colds


Think you picked up that cold because you walked outside with wet hair? Think again.




Achoo! Cold and flu season is officially here. There are a whopping one billion colds in the United States each year (so basically, plan on getting more than one).
But what causes colds and helps you get over a bad case of the sniffles is surrounded by myths and misinformation.
Get the truth about what makes you sick—and how to fight off the common cold

Myth or Truth: You can catch a cold by walking outside with wet hair.
Myth. Sorry, Mom, but dashing out of the house with a wet head doesn’t mean you’re guaranteed to catch a cold. “It’s a great old wives’ tale,” says Beth Ricanati, M.D., YouBeauty Wellness Advisor and medical director of the Lifestyle 180 program at the Cleveland Clinic.
So how do you pick one up? “You get sick by acquiring one of over 200 viruses, usually into your upper respiratory tract, when your immune system is not capable of managing the virus,” explains James Nicolai, M.D., YouBeauty Integrative Health Expert and the medical director of the Andrew Weil, M.D. Integrative Wellness Program at Miraval Arizona Resort and Spa in Tucson.
A cold virus spreads through tiny air droplets that are released when a sick person sneezes, coughs or blows their nose or when you’ve touched your eyes, nose or mouth after touching an object, like a doorknob, contaminated with a cold virus.
Myth or truth: Drastically changing weather brings on a cold.
Myth. Similar to the false belief that walking outside with wet hair can make you sick, temperature fluctuations (such as the weather going from 70 degrees to 50 and back to 70 in the span of a week) doesn’t bring on a cold. Catching the cold virus is what triggers the sniffling and sneezing.
But there is truth to the belief that you catch colds more often in the winter. That’s because when the temperature drops, people tend to stay indoors (with the windows shut and the heat blasting). Being in such close quarters with the same air circulating makes it easier to pass the cold virus back and forth.

blink2~